Saturday, December 29, 2012

Bicara Lidah Setajam Belati

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk sesiapa yang membaca blog ini

Kali ini aku nak share tentang satu topik yang sangat menarik...yang berkenaan dengan keadaan semasa....iaitu waktu kita berbicara...

Kadang-kadang tika kita berbicara pelbagai lontaran kalimah dan perkataan samada kita sedar atau tidak ada terbuat orang sekeliling kita terasa...mungkin bukan pada orang yang kita tuju tapi mungkin pada orang yang sekeliling yang kita pun tak perasan....

Kita ambil contoh paling senang dalam satu situasi yang sebenarnya berlaku setengah jam sebelum aku tulis blog ni

*situasi di rumah sewa antara H(bukan nama sebenar) dan M(bukan nama sebenar)

---------------------------------------------------

H:eh M,kotak dekat rak kasut tu sape punya?

M:takde sape pun punya,kau nak ke?

H:takde sape punya buang la...sampah menyemak je!!!

M:oh aku ingatkan ade orang nak.....

----------------------------------------------------

Situasi ni jelas menunjukkan si H menegur dengan cara yang sangat kasar...mungkin kebiasaan bagi si H menegur dengan cara begitu tapi sepatutnya dia harus merasai perasaan orang yang nak dituju tu...bukan melontar ayat-ayat secara semberono tanpa hirau perasaan orang lain....

Kadang-kadang kita melontar perkataan dengan niat bergurau tapi kena beringat....bergurau kena pada tempatnya....selalu lah meminta maaf pada orang dan bukannya mengharapkan orang datang meminta maaf pada orang....memang benar kita boleh tanam dalam hati ni sentiasa memaafkan orang lain tapi hati manusia ni berbeza-beza....kita tak tau sama ada dia maafkan kita atau tak tanpa proses berbicara antara satu sama lain...

Bukan semua orang akan menegur balik kesalahan kita...ada juga jenis yang memendam rasa sakit hati dari perkataan kita...cara yang terbaik adalah sentiasa berhati-hati ketika bicara....lidah setajam pisau,berbicara bagai tombak yang menikam...padah kata memakan diri umpama harimau membaham tuannya sendiri...dosa sesama Allah kita selalu risau tetapi salah dengan orang lain kita abaikan.....semoga apa yang aku nak sampaikan ni menjadi iktibar untuk pembaca lebih-lebih lagi jenis yang suka cakap lepas ni....

pesanan ni untuk diri aku gak...walaupun aku selalu menjaga bicara tapi kita ni manusia tak lari dari kesilapan....

Thursday, December 13, 2012

[B]ealajar dan [B]erusaha untuk parent tercinta dan....

agak lama dah aku x bukak blog aku ni...sbb aku bukan blogger tegar nak bercerita pasal tu dan ini....

honestly macam2 perkara dah terjadi pada aku...happy things,sad things and ape2 je la aku terima seadanya takdir Ilahi yang mana aku taw itu yang terbaik untuk aku...masa berlalu dengan pantas...kulit yang dulu licin semakin bertambah menggerutu menandakan usia semakin lanjut dan aku semakin edkat dengan Ilahi...

ok that is not the point ape yang aku nak cerita...the point is...kenapa perlu belajar...good point to share lagi-lagi dengan budak-budak sekolah yang selalu mengeluh

"kenapa la aku kena belajar?"

"belajar?bosan la..."

the main point untuk belajar ialah...

simple word...untuk masa depan...itu je

masa depan?masa depan ape?

tentulah masa depan diri sendiri,keluarga(yang basic),agama dan bangsa(secara universal)

dulu aku pun selalu mengeluh..kenapa la aku kena belajar...ape point aku kena belajar...sampai tahap tinggi macam ni pun aku masih terfikir kenapa aku kena belajar...tapi Alhamdulillah Allah tu maha mengetahui dia tunjukkan aku sebab kenapa aku kena belajar sampai tahap macam ni...aku nampak aku kena berusaha untuk pertamanya ibubapa aku yang tercinta...aku rasa dah sampai masanya untuk aku balas balik budi parent aku...diorang banyak berkorban untuk aku dan aku rasa sangat rugi kalau aku sia-siakan pengorbanan diorang...

lepas parent baru la aku fikir usaha aku ni untuk...ehem2(aku sinle tak berpunya lagi).walaupun aku masih belum berpunya tapi aku taw Allah tengah aturkan satu novel love story untuk aku(chewiiittttttt)~~~haha kadang aku mengelamun gak memikirkan macam mane la rupa bakal wife aku nanti....same ke dengan ciri-ciri yang aku nak atau tak sama?tapi tu semua takdir Allah kan?mane yang terbaik untuk aku,aku redha je...

haha dah terlebih cerita....

dah tak tau nak tulis ape lagi..main point yang aku nak bagitaw kat sini ialah...belajarlah selagi mampu...dalam Islam pun suruh kita belajar mendalami alam ciptaan Allah ni :)

Wednesday, August 29, 2012

Apakah kesudahan

Ramai orang mengalami dilema macam yang aku alami sekarang...

Umur dah meingkat dah hampir 25 tahun pun.Aku memang ade niat nak mendirikan rumahtangga dengan orang yang aku sayang...tapi aku tak tahu kenapa halangan dari ibu aku sangat kuat sampai sekarang aku terpaksa berdiam dan kadang-kadang menangis dalam lubuk hati sendiri walaupun bertopengkan senyuman di raut muka aku.

Aku tak tahu apekah kesudahan yang akan aku rasai...samada aku akan dapat mendirikan rumahtangga dengan orang yang aku sayang? Ataupun aku berlalu pergi meninggalkan segala sisa memori yang telah aku lalui selama 6 tahun bersama si dia?

Setiap masa aku sentiasa berdoa pada Allah sebab aku percaya,orang selalu cakap kita berusaha tapi Allah menentukan segalanya.tapi aku percaya Allah mendengar isi hati setiap umatnya samada dalam kedaan sedih,gembira ataupun marah. Tak pernah lekang dari doaku setiap kali selesai menunaikan solat "Ya Allah...tetapkanlah jodohku dengan si dia untuk menjadi pasangan yang bahagia hingga ke syurga"...

Kawan serta masyarakat sekeliling memuji niat murniku ini...cuma berbalik pada masalah yang aku hadapi... ibu aku....dia tetap dengan keputusanku untuk menghalang niat murniku ini....aku tahu aku masih menuntut di IPTA dan kekasihku kini sudah bekerja..kami berada di alam yang berbeza.Ibuku menghalang niatku ini hanya kerana aku masih belajar,tapi aku dah bersedia untuk mengahadapi alam berumahtangga Aku pernah menyuarakan hasratku pada ibuku...tetapi hasilnya aku diherdik...bukan sahaja diherdik bahkan diperli sepanjang masa yang bagi aku menjatuhkan air muka aku...tapi bagaimanapun dia adalah ibuku...aku tetap perlu menghormatinya walaupun dia mengherdik ku swhingga begini...biaralah aku menangis dalam dia tanpa siapa2 mengetahuinya... aku terpaksa berdiam seketika dari menyuarakan hasrat ini...tapi hasilnya ibu bapa kekasihku mula meragui kesungguhanku...dan telah tawar hati dan mengambil keputusan untuk menerima siapa sahaja yang masuk meminang kekasihku

kepada sesiapa yang terbaca luahanku ini...inginku bertanya...apakah perasaan anda jika melihat orang yang anda seyangi pergi...hanya kerana dihalang oleh seseorang yang kita tak mampu untuk menegakkan pendirian kita?

Ya Allah aku berdoa agar tetapkanlah jodohku ini dengan si dia...amin...

Kepada sesiap yang terbaca diharapkan dapat mendoakan kami...Ku merayu pada kalian semua...semoga doa kalian dimakbulkan dan aku sangat menghargai prihatin pembaca... InsyaAllah

Monday, December 12, 2011

cinta Hakiki

tengah melayan hati tiba-tiba idea seni aku bercambah untuk hasilkan satu puisi...
puisi yang bagi aku bermakna untuk sahabat-sahabat sekalian


---CInta Hakiki---

Cinta Hakiki itu tak perlu dicari
ia datang sendiri
tanpa perlu dipinta atau diberi

Cinta Hakiki itu adalah pasti
walau beribu tahun ia tetap tak lari
kerana ia adalah cinta Ilahi

Cinta Hakiki itu suci
ia adalah cinta sejati
cinta teragung alam ini

Cinta Hakiki itu yang abadi
daripadaNya kita hadir dan kepadanya kita Kembali
itulah Cinta Hakiki....

nukilan idea:Mohd M Rezykin M Shariff

Hidup Bukan Senang





Dah lame xbkak blog....btahun gak la rasanya.....
Just nk bgtaw utk sape2 y tbukak blog ni
Hidup ni bukan senang cuz sometime ade org rase hidup ni segala-galanya
Lagi-lagi cinta....
Aku xtipu aku mmg manusia pencinta
dan aku pn mencintai seseorang
Tapi cinta pada Allah,pencipta sekalian manusia tu lebih pasti dari cinta manusia
untuk sape2 y kt luar tu rasa GF korg segala2nya...
U better think twice
Pernah x korg fikir....
bila korang sakitkn hati GF korg,
puas korg nk kna pujuk dia,amik hati dia
tp slalu korg sakitkn hati pencipta
korg xikut ape Dia nak,,,
tpai Dia xpernah merajuk
lagi2 Dia bg lg ape korg nak.....
Just advice untuk kawan2
aku pn bukan sorg y perfect utk bercerita tentang cinta
tp tu la hakikatnya,,,,
renung2kan dan slamat beramal
(cinta Allah itu cinta hakiki)


Monday, December 28, 2009

our future our live

kpd sahabat2 mana yang bace blog ni
mase depan kita adalah hidup kita...so buatla yang terbaik mase ni utk mase depan
cuz walaupun kita x tahu camne masa depan kita
tapi dari usaha kita tu la yang membentuk masa depan kita

yang penting put a big effort
igt sabda Allah
"Kami xkan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka x berusaha mengubah nasib mereka"...

yang penting...dalam usaha
biarlah tulus
bila tengok kejayaan orang lain
tanamkan usaha untuk compete secara bersih
jangan keje nak "mandrom" org je
sudahnyer even org tu jatuh,
kita xkemana gak
dok la ctu sampai bongkok tiga....

good luck for all friends