Saturday, December 29, 2012

Bicara Lidah Setajam Belati

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk sesiapa yang membaca blog ini

Kali ini aku nak share tentang satu topik yang sangat menarik...yang berkenaan dengan keadaan semasa....iaitu waktu kita berbicara...

Kadang-kadang tika kita berbicara pelbagai lontaran kalimah dan perkataan samada kita sedar atau tidak ada terbuat orang sekeliling kita terasa...mungkin bukan pada orang yang kita tuju tapi mungkin pada orang yang sekeliling yang kita pun tak perasan....

Kita ambil contoh paling senang dalam satu situasi yang sebenarnya berlaku setengah jam sebelum aku tulis blog ni

*situasi di rumah sewa antara H(bukan nama sebenar) dan M(bukan nama sebenar)

---------------------------------------------------

H:eh M,kotak dekat rak kasut tu sape punya?

M:takde sape pun punya,kau nak ke?

H:takde sape punya buang la...sampah menyemak je!!!

M:oh aku ingatkan ade orang nak.....

----------------------------------------------------

Situasi ni jelas menunjukkan si H menegur dengan cara yang sangat kasar...mungkin kebiasaan bagi si H menegur dengan cara begitu tapi sepatutnya dia harus merasai perasaan orang yang nak dituju tu...bukan melontar ayat-ayat secara semberono tanpa hirau perasaan orang lain....

Kadang-kadang kita melontar perkataan dengan niat bergurau tapi kena beringat....bergurau kena pada tempatnya....selalu lah meminta maaf pada orang dan bukannya mengharapkan orang datang meminta maaf pada orang....memang benar kita boleh tanam dalam hati ni sentiasa memaafkan orang lain tapi hati manusia ni berbeza-beza....kita tak tau sama ada dia maafkan kita atau tak tanpa proses berbicara antara satu sama lain...

Bukan semua orang akan menegur balik kesalahan kita...ada juga jenis yang memendam rasa sakit hati dari perkataan kita...cara yang terbaik adalah sentiasa berhati-hati ketika bicara....lidah setajam pisau,berbicara bagai tombak yang menikam...padah kata memakan diri umpama harimau membaham tuannya sendiri...dosa sesama Allah kita selalu risau tetapi salah dengan orang lain kita abaikan.....semoga apa yang aku nak sampaikan ni menjadi iktibar untuk pembaca lebih-lebih lagi jenis yang suka cakap lepas ni....

pesanan ni untuk diri aku gak...walaupun aku selalu menjaga bicara tapi kita ni manusia tak lari dari kesilapan....

No comments: